Perjanjian Lisbon
Perjanjian Lisbon

Perjanjian Lisbon

Perjanjian Lisbon (dulu dikenali sebagai Perjanjian Pembaharuan) ialah sebuah perjanjian yang dimeterai pada 13 Disember 2007 di Lisbon, Portugal oleh ketua-ketua kerajaan negara ahli Kesatuan Eropah (EU) yang digubal untuk mengubah cara kerja mereka. Disebabkan semua negara ahli EU telah bersetuju, maka perjanjian ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2009. Perjanjian ini merupakan pindaan terhadap Perjanjian Kesatuan Eropah (TEU, Maastricht; 1992) dan Perjanjian menubuhkan Komuniti Eropah (TEC, Rom; 1957). Dalam proses ini TEC dinamakan semula sebagai "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah" (TFEU).Pembaharuan yang terdapat dalam Perjanjian Lisbon merupakan pembaharuan yang dicadangkan dalam Perlembagaan Eropah yang ditolak dalam pungutan suara di Perancis dan Belanda pada 2005. Sejak mula ditandatangani pada 2007, perjanjian ini dijangkakan akan diratifikasi semua negara ahli menjelang akhir 2008. Jadual waktu ini gagal, terutamanya kerana pada awalnya tidak diluluskan pengundi Ireland pada 2008. Republik Czech merupakan negara akhir yang mengesahkan Perjanjian Lisbon, iaitu pada 3 November 2009.

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian Lisbon http://www.beg.ch/ec-charts/pdf/WC_ECcharts-02a-Re... http://www.euractiv.com/en/future-eu/eu-search-new... http://europa.eu/lisbon_treaty/index_en.htm http://www.consilium.europa.eu/cms3_fo/showPage.as... http://www.consilium.europa.eu/cms3_fo/showPage.as... http://www.consilium.europa.eu/uedocs/cmsUpload/cg... http://www.iee-ulb.eu/research/publications/ http://www.europedia.moussis.eu/books/Book_2/ http://www.reformvertrag2007.eu http://eubusiness.nidelven-it.no/news_live/1182427...